KOTA BHARU: Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas ikan emas hitam, ikan laga dan kura-kura albino bernilai sekitar RM73,200 yang disembunyikan dalam sebuah kereta di Rantau Panjang, Pasir Mas, dekat sini, semalam.
Pegawai Pemerintah PGA9, Supt Nor Azizan Yusof rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Strike Force PGA9 yang sedang melaksanakan penugasan Ops Benteng, apabila mereka mengesan sebuah kereta jenis Nissan Latio dalam keadaan mencurigakan berdekatan pangkalan haram Hassan Merah, pada pukul 3.00 pagi.
Beliau berkata anggota pasukan kemudiannya menemukan 350 ekor ikan hiasan jenis Emas Hitam bernilai RM28,000, 545 ekor ikan laga bernilai RM43,600 serta 20 ekor kura-kura albino bernilai RM1,600 diletakkan di dalam bungkusan plastik yang disyaki diseludup masuk dari Thailand.
Menurutnya pasukan operasi cuba mengesan pemilik kenderaan di sekitar pangkalan haram berkenaan, namun gagal, dan pemiliknya disyaki sudah melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PGA9.
"Ikan hiasan dan kura-kura albino itu dipercayai untuk pasaran tempatan di Kelantan kerana haiwan hiasan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Anggaran keseluruhan rampasan termasuk sebuah kenderaan jenis Nissan Latio adalah RM90,200," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
"Rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 11(1) Akta Maqis 2011," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
Sebanyak 20 ekor kura-kura albino bernilai RM1,600 antara yang ditemui pasukan PGA dalam bungkusan plastik yang disyaki diseludup masuk dari Thailand. - Foto BERNAMA
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai
Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.
Penyeludup salur petrol guna saluran paip dasar Sungai Golok ke negara jiran
Saluran paip getah sepanjang 300 meter itu disambung merentasi Sungai Golok melalui dasar sungai ke negara jiran.
Dua ditahan dalam cubaan seludup 11 lembu
Dalam kejadian jam 1.26 pagi itu, anggota PGA9 membuat rondaan di kawasan berkenaan dan menemui sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
PGA9 rampas 110 kambing Boer seludup di Pasir Mas
Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM295,000 termasuk sebuah lori bernilai RM130,000.
PGA rampas ikan hiasan, kura-kura albino di tepi Sungai Golok
Sepasukan anggota Strike Force PGA9 mengesan sebuah kereta jenis Nissan Latio dalam keadaan mencurigakan berdekatan pangkalan haram Hassan Merah, pada pukul 3.00 pagi.
PGA9 rampas cecair vape bernilai RM550,000 di Pasir Mas
Kumpulan penyeludup terpaksa berputih mata selepas cecair vape bernilai RM550,000 yang disembunyikan di dalam semak dirampas PGA.
PGA9 tahan wanita sorok dadah dalam pakaian dalam
Seorang wanita sanggup menyembunyikan sejumlah dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 di dalam pakaian dalamnya semata-mata bagi mengelak dikesan polis.
Cubaan lelaki bawa pendatang haram warga Thailand ke KL gagal
Cubaan seorang lelaki warga tempatan membawa sembilan pendatang haram warga Thailand ke Kuala Lumpur menggunakan kenderaan mewah gagal apabila ditahan sepasukan anggota PGA9.